Mama selalu bercerita. Antara proses nak beranak yang dia alami, yang paling sakit, seksa, yang paling perit adalah proses kelahiran aku.

Keberangkalian aku sudah selesa didalam wombnya. Terlebih selesa mungkin. Atau barangkali aku fikir aku baby kangaroo, pasang niat untuk hidup dikantung ibu? Nampak tak masa bayi lagi aku dah berkhayal bukan-bukan?

Sejam berlalu, namun bayi yang degil (iaitu aku) masih tidak kelihatan. Doktor sudah cemas, kalau tak keluar dalam 1 minit, akan bertemu ajal tapi aku masih degil, embracing my own sweet time, as it seemed. Nampak tak masa bayi lagi dah rebel? Bertarung dengan nyawa dan bermandi dengan keringatnya, mama tetap kuat semangat, berlawan untuk pop me out, yang semasa itu terlalu selesa. Mungkin aku buat somersault dalam womb mama, sehinggakan leher aku dibelit tali pusat sendiri. Nampak tak masa bayi lagi dah nak commit suicide?

Aku pernah berfikir.. no scratch that, aku selalu terfikir.
Selalu aku termenung, melayan fikiran aku yang racun.
Tapi aku tak mampu nak tepis persoalan-persoalan racun yang datang menerpa.
Jadi aku layan, aku termenung dan aku layan.

Mengapa nyawaku tidak bertemu sahaja dengan noktahnya
ketika dalam proses rumit kelahiranku?

Tak perlu susah-susah nak harungi liku dunia yang semakin tajam. Dunia yang semakin kejam. Aku benci. Aku selalu dicubit perasaan marah. Marah pada diri sendiri. Marah pada mama kerana melahirkan aku. Tapi alhamdulillah, dalam marah, aku masih waras. Marah pada mama? Itu tidak rasional. Mama bertarung dengan nyawa dia sendiri, untuk aku. Apa tak selfish aku nak cincang pengorbanan dia dengan lumat, begitu saja? After what she had gone through, after what she had endured, i suppose i would just, let it all go.. that easy? Aku dilahirkan dari mama. Datangnya aku, wujudnya aku - semua kerana Dia. Apa aku ragui Tuhan semesta alam? Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku, Yang Maha Merancang. Siapa aku untuk persoalkan kuasaNya?

Aku ada terjumpa buku puisi lama di masjid uzur di Terengganu. Baru selak muka surat pertama, aku sudah jatuh hati. Puisi yang membuat jantungku berdegup dengan kencang, lagi kencang dari berhadapan dengan crush (ecewah);

Wujudku adalah pahatan terbengkalai
Kasar, tanpa bentuk dan belum muncul mutunya
Cinta lalu menghaluskannya; Aku pun menjelma manusia
Dan kuperoleh hikmah dari fitra alam semesta

Gerak nadi langit telah kukenal
Pun darah mengalir di urat-urat bulan
Sering malam hari kuratapi tujuan hidup manusia
Hingga terkoyak rabir rahasia pada akhirnya
Dan dari ruang percobaan kejadian
Kuperah susunan rahasia kehidupan

Bagai bulan, kuliputi malam dengan keindahan
Akulah debu yang memeluk iman Islam
Iman meluas merongga lembah dan ngarai
Dan menyalahkan lagu api tak kunjung padam
Sebutir zarrah disemainya dan dipetiknya matahari
Dituainya ratusan penyair seperti Attar dan Rumi.

Aku keluh: Lalu membubung tinggi
Aku asap, namun jadi barang berkobar
Setelah diterbangkan cita luhur ke angkasa
Penaku mencampakkan tabir rahasia
Hingga setitik air merangkum lautan
Dan pasir meluas jadi gurun Sahara.

This poem means the world to me.
A gift, from my Lord at times of darkness.

Aku akan terus berjuang. InsyaAllah.

No comments: